Friday, March 26, 2010

it hits me to the core...

(speechless tongue-tied dumbfounded and suffocated by .......adapted from ust has blog comment ...)
Saja nak sama-sama berkongsi peristiwa.Salam.Abang saya yg tersayang,di bawa pergi bersama dua angota polis ,sebelum sempat mencapai AL_QURAN untuk di baca bersama anak dan isteri selepas habis Magrib.Tak tahu kenapa dan apa punca,kata polis di balai nanti boleh diberitahu sebab dan mengapa.Tak berdaya berbuat apa-apa,tangan di gari didepan tiga orang anak yang masih disekolah rendah dan tadika dan tak dapat ucap apa-apa dengan isteri.Dibalai ,diberitahu abang saya memperkosa(rogol)seorang budak dalam lingkunggan 4ke5 tahun.Tak boleh membela diri ketika itu,hari pun dah mlm,abang saya disumbat kedalam lokap dlm keadaan berseluar dalam sahaja.Bapa saya ketika itu dah tak ada air mata menanggis, bergitu juga kami.Seminggu didalam lokap dan sudah dibelasah beberapa kali oleh mat-mat lokap juga atas arahan polis keatas dia,sehingga kening abang saya pun dicukur,abang saya dibebaskan atas jaminan yang tak kurang 10 ke 12 ribu.Dalam semua surat khabar tersiar berita ini.Kerana hati abang saya dekat dgn ALLAH,dan doa yang berterus dari keluarga dan muslimin yg mengenalinya ,kes berjalan hampir 10 tahun dan bapa kami telah kembali kerahmahtuallah tanpa dapat mendengar hukuman dijatuhkan.Jika sabit kesalahan dia akan dipenjara tak kurang 25th dan sebat 6 ke 15 sebatan.Iktiar emak tak pernah padam,lalu menyarankan abg pergi menunaikan umrah dan berdoa dan buatlah ibadah sedaya mungkin disana.Malangnya dibacakan hukuman,abg saya tetap didapati bersalah.Pergi ke makamah tinggi utk yang terakhirnya proses ini,dan jika tetap kalah dalam melawan kes,abang saya dah tak berpeluang lagi mempertahankan haknya..Kerana pendapatan abang saya tak besar ,kami bersama-sama membantu bayar jaminan dan belanja anak-anak sekolah.ALLAH maha kaya ,Walau pun kes ini sungguh memalukan,yang peliknya jiran-jiran walau pun bukan muslim ,rakan taulan dan ramai lagi yang tak pernah abang saya kenal datang menziara dan juga turut menyumbang dlm kes ini.Dipendekkan cerita yang terlalu panjang dan memang tak boleh saya tulis dengan detail,ALLah melepaskan FITNAH itu pada tahun lepas.Peguam yg membela abg saya tak ambil 10sen pun atas hikmat beliau,sdgkan kes dah berjln hampir 10th.Bergitulah FITNAH yang abang saya tanggung.Komen komen dari pembaca yang tidak tahu kedudukan sebenar sungguh tajam dan mengelarkan abang saya sebagai bapa Syaitan.Orang yang memfitnah abang,kini telah mengidap strok disamping pelbagai penyakit lain dan disiasat oleh polis.Menurut logik dari siasatan berkemungkinan besar cucunya itu adalah mangsa pemfitnah itu sendiri.Sebelum itu ..cucunya pernah diasuh oleh kakak ipar saya.FITNAH itu melata-lata,semuga kita sentiasa berdoa kehadrat ALLah dan dilindungi dari beban FITNAH ini.

No comments:

Post a Comment